Monday, August 9, 2010

Wajah-wajah Malaysia..


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kelompok etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya. Bukan sahaja berbagai kaum malah masyarakat Malaysia yang majmuk ini juga mempunyai kepercayaan dan agama yang berbeza. Perbezaan ini adalah disebabkan proses sejarah, kedudukan geologi, daerah, wilayah dan persempadanan yang semulajadi. Namun, dengan wujudnya proses asimilasi dan akomodasi, maka proses kemasyarakatan ini menjadi lebih kompleks dan polarisasi.
Perlembagaan Malaysia Perkara 11(1) menyatakan tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) [Undang-undang negeri dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.], mengembangkan agamanya. (Sumber: Perlembagaan Persekutuan, 2010).

0 comments:

Post a Comment