Monday, August 23, 2010

Ulangkaji soalan STPM

  1. Yang manakah di antara yang berikut yang menerangkan teori "pengasingan kuasa"?
A. pengasingan kuasa antara mahkamah agung dan mahkamah tinggi.
B. pengasingan kuasa antara ahli dewan rakyat dan ahli dewan negara.
C. pengasingan kuasa antara kementerian dan jabatan.
D. pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
E. pengasingan antara badan perundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman.

2. Diantara yang berikut, yang manakah yang benar tentang amalan demokrasi di Malaysia.
I. parlimen Malaysia berbentuk dwi dewan.
II. sistem parlimen Malaysia berasaskan sistem parlimen Westminster.
III. dewan undangan negeri terbubar apabila parlimen dibubarkan.
IV. rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas diwajibkan mengundi.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II, III, dan IV

Pindaan mengenai beberapa perkara tertentu di dalam Perlembagaan Malaysia hanya dianggap lulus jika ia mendapat sokongan dua pertiga suara parlimen di dalam bacaan kedua dan ketiga dan juga persetujuan Majlis raja-raja.
3. Yang manakah antara yang berikut yang tertakluk kepada pernyataan di atas?

I. pindaan mengenai kepentingan yang sah bagi kaum-kaum bukan bumiputera di Malaysia.
II. pindaan mengenai kedudukan kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
III. pindaan mengenai status kewarganegaraan penduduk Malaysia.
IV. pindaan mengenai peruntukan kewangan untuk perbelanjaan negara.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, dan III
E. II, III dan IV

4. Antara tindakan-tindakan berikut, yang manakah yang dianggap melanggar kebebasan hak asasi individu?

I. membezakan seseorang warganegara berdasarkan keturunan dan kaum.
II. menyekat rakyat bersuara dan berhimpun secara aman.
III. mengambil tanah hakmilik seseorang warganegara untuk kepentingan awam dan pampasan yang berpatutan.
IV. membuat undang-undang kerahan tenaga terhadap seseorang warganegara untuk mempertahankan nrgara.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
E. II dan IV

5. Kuasa tertinggi di Malaysia ialah

A. perdana menteri
B. perlembagaan malaysia
C. mahkamah persekutuan
D. majlis raja-raja
E. yang dipertuan agong

6. Antara berikut yang manakah yang terdapat dalam Senarai Bersama?

A. hal ehwal agama
B. tanah
C. perikanan
D. perumahan
E. syarikat bersama

7. Antara berikut, yang manakah merupakan sebab utama pentadbir-pentadbir awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara?

A. mempunyai kata pemutus dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar awam.
B. mereka memegang jawatan yang tetap.
C. mereka bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran serta terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar awam.
D. mereka mentafsir undang-undang yang digubal oleh parlimen.
E. mereka meluluskan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara.

8. Fungsi utama Jabatan Perdana Menteri ialah

A. meluluskan dasar-dasar yang dirangka oleh agensi-agensi kerajaan.
B. merancang, merumus dan menyelaras segala dasar negara di samping menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh kementerian lain secara cekap dan berkesan.
C. merancang dan meluluskan rancangan-rancangan pembangunan kebangsaan lima tahun.
D. menasihat perdana menteri dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
E. memberi khidmat sokongan kepada kabinet.

9. Pegawai pentadbir utama negeri ialah

A. Ketua setiausaha negeri
B. Setiausaha kerajaan negeri
C. Menteri besar
D. Residen-jeneral
E. Ketua pengarah negeri

10. Manakah antara berikut bukan merupakan agensi pusat?

A. Jabatan perkhidmatan awam
B. Perbendaharaan
C. Institut Tadbiran Awam Negara
D. Unit perancang ekonomi
E. Unit penyelarasan pelaksanaan

0 comments:

Post a Comment