Wednesday, August 11, 2010

Hubungan Etnik




















Hubungan etnik adalah elemen penting yang banyak mempengaruhi dasar dan kestabilan negara. Hubungan adalah perkara subjektif. Menurut Scupin (2003), istilah etnik (ethnic) atau etnisiti (ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani 'ethos' iaitu daripada perkataan 'ethnicos'. Pada waktu itu, istilah ini dirujuk kepada orang bukan Yunani atau orang lain yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama. Kemudian, dalam New Testament Yunani, perkataan 'ethnos' digunakan kepada orang atau bangsa bukan Yahudi atau bukan Kristian yang dianggap sebagai orang jahil, tidak beradab dan memuja berhala.
Pada abad ke-19, dalam bahasa Eropah perkataan etnik dan etnisiti dilihat sama dengan istilah ras yang mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut. Menurut Banton (1987), ras dilihat daripada 3 jenis teori iaitu ras sebagai keturunan berdasarkan ajaran Kristian bahawa semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa setelah disingkirkan daripada surga. Kedua, ras sebagai jenis iaitu perbezaan akibat bencana alam atau kehendak Tuhan. Types Of Mankind [tulisan Nott & Gliddon (1854)] menegaskan terdapat pelbagai jenis manusia berbeza antara satu sama lain dan bermusuhan secara semula jadi. Ketiga, ras sebagai sub spesis yang dihujahkan oleh Charles Darwin dalam Teori Evolusi dalam bukunya On the Origin of Species (1859).
Konsep rasisme (racism) merupakan konsep yang berkait dengan konsep ras. Hughes (2002) menyatakan konsep ini wujud kepada dua iaitu individu dan institusi. rasisme individu percaya mereka berstatus unggul (superior) untuk membezakan mereka dengan berstatus rendah (inferior). Manakala di peringkat institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan bersifat diskriminasi kepada manusia yang berlainan ras.
Etnisiti merujuk kepercayaan dalaman sekumpulan orang terhadap keturunan yang sama yang menimbulkan semangat kekitaan dan perpaduan komuniti atau sesuatu perbezaan antara 'in-group' yang bertentangan dengan 'out-group'. Oleh itu, etnik atau etnisiti dilihat mencirikan fizikal @ biologikal dan lebih menekankan budaya.
Perkara yang berkaitan:
Integrasi sosial
Pluralisme
Isu prasangka/ prejudis dan diskriminasi sama ada golongan majoriti mahupun minoriti

0 comments:

Post a Comment