Monday, August 23, 2010

Contoh soalan: Hubungan Etnik

Soalan Objektif
  1. Dalam sebuah masyarakat, peraturan dab jangkaan yang digunakan untuk mengawal kelakuan ahlinya dikenali sebagai
A. nilai C. norma
B. preskripsi D. pantang-larang

2. Asimilasi ______ berlaku apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat kumpulan dominan.

A. biologikal C. struktur
B. psikologikal D. budaya

Soalan Struktur

Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

  1. Konsep __________ melihat bagaimana proses perindustrian, modenisasi dan globalisasi menambahkan lagi pluraliti masyarakat majmuk yang sedia ada.
  2. Istilah __________ digunakan untuk merujuk kepada kumpulan sosial yang ditindas disebabkan ciri etnik, ras, biologikal dan sebagainya.
  3. ____________ ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.
Soalan Esei
A. Esei pendek
  1. Senaraikan lima ciri masyarakat majmuk menurut Van den Berghe.
  2. Nyatakan tiga komponen prasangka dari aspek etnik dan ras.
B. Esei panjang
  1. Bincangkan kepentingan kajian hubungan etnik dalam konteks Malaysia.
  2. Terangkan maksud integrasi dan bincangkan proses yang terlibat dalam integrasi iaitu akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.


0 comments:

Post a Comment