Wednesday, August 4, 2010

Masyarakat Malaysia

Apakah masyarakat?
Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah kawasan yang sama, mempunyai budaya atau adat resam yang hampir sama, bahasa, agama atau kepercayaan, hidup secara berkelompok dan bermasyarakat, mempunyai peraturan atau undang-undang, pentadbir dan sebagainya.
Masyarakat juga merupakan entiti penting yang ke arah pembentukan sesebuah negara. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Manakala, Sarawak dan Sabah yang dikenali sebagai Pulau Borneo telah menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963 atas cadangan Tunku Abdul Rahman al-Haj.

Walaupun, pada mulanya cadangan tersebut dianggap neo-kolonial iaitu bentuk penjajahan baru ke atas Sabah dan Sarawak seperti yang didakwa oleh Kerajaan Indonesia. Pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak juga menentang gagasan Malaysia kerana bimbang Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Tanah Melayu. Malah, pemimpin-pemimpin kedua negeri tersebut juga takut kedudukan politik, ekonomi dan hak istimewa kaum Bumiputera di Sabah serta Sarawak akan tergugat. Antara pemimpin-pemimpin yang menentang persekutuan tersebut adalah Donald Stephen dari Sabah, pemimpin dari Sarawak pula seperti Temenggung Jugah Anak Barieng dan Ong Kee Hui.
Namun, pemimpin-pemimpin kedua buah negeri tersebut kemudiannya bersetuju menandatangani perjanjian persekutuan dengan Tanah Melayu selepas beberapa perjumpaan antara Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak untuk menyakinkan mereka bahawa kemasukan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Kerajaan British. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu juga menyakinkan Sabah dan Sarawak bahawa hak-hak masyarakat bumiputera di kedua-dua negeri tersebut adalah sama seperti orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pada ketika itu Sabah dan Sarawak masih dijajah oleh British.
Antara pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam perjanjian persekutuan tersebut adalah Donald Stephen serta Datu' Mustapha Bin Dato Harun dari Sabah dan dari Sarawak pula seperti Temenggung Jugah Anak Barieng dan Abang Haji Mustapha. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha telah menyatakan sokongan terhadap gagasan dan diikuti dengan sokongan dari Sabah. Manakala, Suruhanjaya Cobbold adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab meninjau, menilai pandangan dan syor-syor yang dikemukakan. Malah sebuah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM @ MSCC) telah ditubuhkan pada 23 Julai 1961.
Penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah yang kemudiannya dikenali sebagai negara Malaysia pada 16 September 1963. Brunei telah menarik diri daripada penyatuan tersebut yang kemudiannya diikuti dengan peristiwa penyingkiran kemasukan Singapura dalam penyatuan Malaysia.
Masyarakat Malaysia dikatakan sebuah negara yang unik kerana memiliki masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama, bahasa dan budaya yang berbeza.

0 comments:

Post a Comment