Monday, August 23, 2010

Ulangkaji soalan STPM

  1. Yang manakah di antara yang berikut yang menerangkan teori "pengasingan kuasa"?
A. pengasingan kuasa antara mahkamah agung dan mahkamah tinggi.
B. pengasingan kuasa antara ahli dewan rakyat dan ahli dewan negara.
C. pengasingan kuasa antara kementerian dan jabatan.
D. pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
E. pengasingan antara badan perundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman.

2. Diantara yang berikut, yang manakah yang benar tentang amalan demokrasi di Malaysia.
I. parlimen Malaysia berbentuk dwi dewan.
II. sistem parlimen Malaysia berasaskan sistem parlimen Westminster.
III. dewan undangan negeri terbubar apabila parlimen dibubarkan.
IV. rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas diwajibkan mengundi.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II, III, dan IV

Pindaan mengenai beberapa perkara tertentu di dalam Perlembagaan Malaysia hanya dianggap lulus jika ia mendapat sokongan dua pertiga suara parlimen di dalam bacaan kedua dan ketiga dan juga persetujuan Majlis raja-raja.
3. Yang manakah antara yang berikut yang tertakluk kepada pernyataan di atas?

I. pindaan mengenai kepentingan yang sah bagi kaum-kaum bukan bumiputera di Malaysia.
II. pindaan mengenai kedudukan kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
III. pindaan mengenai status kewarganegaraan penduduk Malaysia.
IV. pindaan mengenai peruntukan kewangan untuk perbelanjaan negara.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, dan III
E. II, III dan IV

4. Antara tindakan-tindakan berikut, yang manakah yang dianggap melanggar kebebasan hak asasi individu?

I. membezakan seseorang warganegara berdasarkan keturunan dan kaum.
II. menyekat rakyat bersuara dan berhimpun secara aman.
III. mengambil tanah hakmilik seseorang warganegara untuk kepentingan awam dan pampasan yang berpatutan.
IV. membuat undang-undang kerahan tenaga terhadap seseorang warganegara untuk mempertahankan nrgara.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
E. II dan IV

5. Kuasa tertinggi di Malaysia ialah

A. perdana menteri
B. perlembagaan malaysia
C. mahkamah persekutuan
D. majlis raja-raja
E. yang dipertuan agong

6. Antara berikut yang manakah yang terdapat dalam Senarai Bersama?

A. hal ehwal agama
B. tanah
C. perikanan
D. perumahan
E. syarikat bersama

7. Antara berikut, yang manakah merupakan sebab utama pentadbir-pentadbir awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara?

A. mempunyai kata pemutus dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar awam.
B. mereka memegang jawatan yang tetap.
C. mereka bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran serta terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar awam.
D. mereka mentafsir undang-undang yang digubal oleh parlimen.
E. mereka meluluskan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara.

8. Fungsi utama Jabatan Perdana Menteri ialah

A. meluluskan dasar-dasar yang dirangka oleh agensi-agensi kerajaan.
B. merancang, merumus dan menyelaras segala dasar negara di samping menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh kementerian lain secara cekap dan berkesan.
C. merancang dan meluluskan rancangan-rancangan pembangunan kebangsaan lima tahun.
D. menasihat perdana menteri dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
E. memberi khidmat sokongan kepada kabinet.

9. Pegawai pentadbir utama negeri ialah

A. Ketua setiausaha negeri
B. Setiausaha kerajaan negeri
C. Menteri besar
D. Residen-jeneral
E. Ketua pengarah negeri

10. Manakah antara berikut bukan merupakan agensi pusat?

A. Jabatan perkhidmatan awam
B. Perbendaharaan
C. Institut Tadbiran Awam Negara
D. Unit perancang ekonomi
E. Unit penyelarasan pelaksanaan

Contoh soalan: Hubungan Etnik

Soalan Objektif
  1. Dalam sebuah masyarakat, peraturan dab jangkaan yang digunakan untuk mengawal kelakuan ahlinya dikenali sebagai
A. nilai C. norma
B. preskripsi D. pantang-larang

2. Asimilasi ______ berlaku apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat kumpulan dominan.

A. biologikal C. struktur
B. psikologikal D. budaya

Soalan Struktur

Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

  1. Konsep __________ melihat bagaimana proses perindustrian, modenisasi dan globalisasi menambahkan lagi pluraliti masyarakat majmuk yang sedia ada.
  2. Istilah __________ digunakan untuk merujuk kepada kumpulan sosial yang ditindas disebabkan ciri etnik, ras, biologikal dan sebagainya.
  3. ____________ ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.
Soalan Esei
A. Esei pendek
  1. Senaraikan lima ciri masyarakat majmuk menurut Van den Berghe.
  2. Nyatakan tiga komponen prasangka dari aspek etnik dan ras.
B. Esei panjang
  1. Bincangkan kepentingan kajian hubungan etnik dalam konteks Malaysia.
  2. Terangkan maksud integrasi dan bincangkan proses yang terlibat dalam integrasi iaitu akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.


Thursday, August 12, 2010

Politik Kontemporari Malaysia











Barisan Nasional Pakatan Rakyat
  • Perkembangan politik semasa di Malaysia dengan tujuan menghuraikan peranan parti-parti politik; konsep perkongsian kuasa; peranan golongan bukan kerajaan; penglibatan masyarakat dalam proses demokrasi.
  • Isu-isu politik semasa, strategi-strategi parti politik, peranan media massa, jatuh bangun parti politik, penyertaan parti politik dalam proses pilihanraya negeri dan kebangsaan.
1. Konsep Demokrasi Berparlimen
2. Raja Berperlembagaan
3. Penyertaan rakyat dalam pemerintahan

  • Gabungan parti-parti politik dan berlaku perkongsian kuasa.
  • Proses pilihanraya dan penyertaan rakyat.
  • Strategi parti politik dalam pilihanraya. Peranan kerajaan dan pembangkang dalam amalan demokrasi. Peranan badan bukan kerajaan dan media.
  • Pengaruh serantau dan antara bangsa terhadap pergolakan politik Malaysia sejak 1990-an sehingga kini.
  • Masalah-masalah parti kerajaan, isu integriti politik dan masa depan politik Malaysia
Rujukan:

Abdul Rahman Haji Ismail. (2005). Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anis Yusal Yusoff. (2008). Politik Isu-isu Integriti: 2000-2008. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor.

Perayaan masyarakat Malaysia



Perayaan utama yang terdapat di Malaysia adalah:
  1. Hari Raya Aidilfitri bagi penganut beragama Islam. (Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri)
  2. Gong Xi Fa Cai yang disambut oleh masyarakat Cina. (Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina)
  3. Hari Deepavaliyang disambut oleh masyarakat India. (Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali)
  4. Hari Natal bagi penganut yang beragama Kristian. (Rujukan: http://downloads.bbc.co.uk/worldservice/learningenglish/entertainment/scripts/multifaith_christmas.pdf)
Pada hari perayaan utama tersebut, Malaysia akan mengadakan hari cuti umum kepada semua rakyat Malaysia bagi sama-sama menyambut perayaan tersebut.
Namun, terdapat banyak lagi perayaan-perayaan lain yang disambut di Malaysia seperti Hari Wesak, Hari Gawai Keamatan, Hari Maulidur Rasul, Hari Raya Qurban, Hari Easter dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat perayaan tersebut hanya disambut di negeri-negeri tertentu sahaja berdasarkan penduduk masyarakat yang terdapat di negeri yang menyambut perayaan tersebut.


Pembangunan Wilayah

Intipati
Isu, prinsip dan dasar utama dalam pembangunan pelbagai wilayah di Malaysia.
Perubahan dan pembaharuan dalam pembangunan wilayah di Malaysia dengan menekankan kepada fungsi, strategi dan aktiviti oleh agensi yang bertanggungjawab.

Teori pembangunan wilayah

1. Teori Pusat Setempat
2. Teori Kutub Pertumbuhan
3. Teori Asas Eksport
4. Teori Lokasi Industri

Kesesuaian teori-teori pembangunan wilayah yang sesuai dalam konteks Malaysia.

Pembangunan wilayah dan desa berdasarkan rancangan Malaysia.
Fungsi dan objektif lembaga kemajuan wilayah.
Pembangunan wilayah masa kini di Malaysia.

1. Pembangunan wilayah berdasarkan pengzonan koridor pembangunan
(Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan juga Koridor Sarawak)
2. Pembangunan wilayah berdasarkan pembangunan pentadbiran
(Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan)

Isu-isu dalam pembangunan wilayah dan desa di Malaysia

1. Pola dan saiz ketidakseimbangan wilayah
2. Kemunduran wilayah
3. Faktor ekonomi wilayah
4. Isu-isu sosial dan politik dalam pertumbuhan wilayah

Wednesday, August 11, 2010

Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.


Terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terdapat di Malaysia.
(Sumber: http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/IPT/IPTA/ONLINESERVICES)
Rujukan:
  1. http://eputra.com/senarai-ipta-universiti-di-malaysia/
  2. http://eputra.com/senarai-tahap-universiti-berdasarkan-setara-2009/

Hubungan Etnik




















Hubungan etnik adalah elemen penting yang banyak mempengaruhi dasar dan kestabilan negara. Hubungan adalah perkara subjektif. Menurut Scupin (2003), istilah etnik (ethnic) atau etnisiti (ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani 'ethos' iaitu daripada perkataan 'ethnicos'. Pada waktu itu, istilah ini dirujuk kepada orang bukan Yunani atau orang lain yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama. Kemudian, dalam New Testament Yunani, perkataan 'ethnos' digunakan kepada orang atau bangsa bukan Yahudi atau bukan Kristian yang dianggap sebagai orang jahil, tidak beradab dan memuja berhala.

Tuesday, August 10, 2010

Agama dan Masyarakat



















Agama berasal daripada bahasa sanskrit yang bermaksud tradisi. Dalam bahasa Inggeris adalah 'religion' yang berasal daripada bahasa latin iaitu 'religio' yang berasal daripada kata kerja 're-ligare' yang bermaksud 'mengikat kembali' jadi dalam konteks beragama ia bermaksud 'mengikat kembali diri kepada Tuhan'.
Terdapat tiga agama yang dikatakan berasal daripada agama wahyu iaitu agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam. Sementara terdapat kepercayaan-kepercayaan lain seperti Buddha, Hindu, Konfusianisme, animisme dan lain-lain di serata dunia. Hindu dikatakan kepercayaan tertua di dunia.
Agama boleh menyatukan umatnya. Agama juga menjadi perbezaan antara penganutnya dengan peganut lain yang berbeza agama. Ia dijadikan sempadan dan ukuran untuk membezakan diri mereka dengan mereka yang berlainan agama. Agama juga dikatakan menjadi pedoman hidup, identiti, jati diri dan pengabdian diri kepada Tuhan.
Perlembagaan Malaysia Perkara 11(1) menyatakan tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) [Undang-undang negeri dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.], mengembangkan agamanya. (Sumber: Perlembagaan Persekutuan, 2010).

Rujukan:

Monday, August 9, 2010

Wajah-wajah Malaysia..


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kelompok etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya. Bukan sahaja berbagai kaum malah masyarakat Malaysia yang majmuk ini juga mempunyai kepercayaan dan agama yang berbeza. Perbezaan ini adalah disebabkan proses sejarah, kedudukan geologi, daerah, wilayah dan persempadanan yang semulajadi. Namun, dengan wujudnya proses asimilasi dan akomodasi, maka proses kemasyarakatan ini menjadi lebih kompleks dan polarisasi.
Perlembagaan Malaysia Perkara 11(1) menyatakan tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) [Undang-undang negeri dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.], mengembangkan agamanya. (Sumber: Perlembagaan Persekutuan, 2010).

Lagu 1Malaysia..




1 Malaysia merupakan sebuah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak. Gagasan 1 Malaysia dianggap simbol usaha oleh rakyat untuk mancapai yang terbaik untuk negara. PM menyatakan ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan oleh negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya.
(Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=4953:gagasan-1malaysia&catid=99:isu-negeri).
Ini bermakna, ia bukan menyamaratakan semua kaum atau masyarakat di Malaysia. Hak istemewa kaum Melayu dan agama Islam tetap terpelihara dalam perlembagaan. Konsep satu Malaysia hanya simbol untuk membolehkan rakyat di Malaysia bersatupadu dan hidup dalam keadaan aman tanpa menjejaskan keadaan yang sedia ada. Ia juga adalah usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi antara kaum, negeri atau wilayah yang terpisah serta bersempadan.

Sarawak Nostalgia...



Sarawak juga dikenali sebagai bumi kenyalang mempunyai penduduk berbilang kaum dengan 45 dialek. Sarawak dahulu pernah menjadi tanah jajah Kesultanan Brunei. Pada 1 Ogos 1842, James Brooke telah diisytiharkan sebagai Rajah Pertama Sarawak. Sarawak menyertai penubuhan Malaysia bersama Sabah pada 16 September 1963 untuk mendapat kemerdekaan daripada kerajaan British. Sambutan kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Saturday, August 7, 2010

Penduduk Dan Kependudukan

Konsep dan ciri-ciri kependudukan.

Peranan penduduk dan kependudukan.

Isu-isu penduduk dan kependudukan.
1. Proses migrasi penduduk.
Migrasi
Faktor-faktor mempengaruhi migrasi berlaku
Kesan proses migrasi

2. Krisis demografi dan kemerosotan kesuburan.
Konsep Demografi
Krisis demografi
Punca-punca kemerosotan kesuburan

3. Penduduk dan kualiti hidup politik.
Kualiti hidup sihat
Kualiti hidup dan alam sekitar
Kualiti hidup dan pihak pengurusan berkaitan penduduk

4. Penduduk dan isu-isu sosial serta politik.
Ledakan penduduk
Masalah kekurangan makanan
Keperluan sektor guna tenaga
Kesesakan (setinggan dan kejiranan)
Kemerosotan alam sekitar
Masalah sosial (jenayah, pendatang asing dan isu-isu remaja)

Integrasi dan Perpaduan Nasional

Sejarah, sosio-ekonomi dan politik Malaysia.
Kesan kolonialsme
Jurang ekonomi
Proses pembangunan nasional menjelaskan fungsi dasar awam
1. dasar ekonomi
2. dasar pendidikan
3. dasar bahasa
4. dasar kebudayaan
5. dasar pembangunan nasional

Pengagihan saksama kekayaan negara serta keadilan sosial

Asas teori sosial – interaksi, komunikasi dan relationships – pembinaan kelompok sosila berasaskan gender, agama, bahasa, budaya, etnisiti, penempatan, kerja dan riadah.
Isu-isu dan kepentingan integrasi dan perpaduan negara
Hubungan antara kelompok khusus antara kelompok etnik.
perang
Terorisme
Pergaduhan kaum
Perbezaan fahaman politik
Apatheid, dsb.

Teori hubungan kelompok – integrasi dan konflik antara kelompok.

Asimilasi
Akultrasi
Etnik
Bangsa/ras
Pluralisme
Amalgamasi
Kepercayaan
Ideologi

Teori agung
Interaksionisme simbolik
Fungsionalisme
Konflik

Alat untuk mencapai integrasi dan perpaduan:
ekonomi
Pendidikan
Undang-undang
Agensi kerajaan
NGO
Institusi formal dan tidak formal
Teknologi media massa
Pembinaan negara bangsa

Amalan resmi nasional untuk memupuk integrasi dan perpaduan nasional.

1. Rumah terbuka
2. Sambutan perayaan semua kaum

Friday, August 6, 2010

Perlembagaan Malaysia




1. Latar belakang penggubalan perlembagaan Malaysia.
2. Peruntukan dan struktur perlembagaan di Malaysia.
3.Isu-isu semasa berkaitan pelaksanaan peruntukan Perlembagaan.

Mengenai sejarah, teori dan proses penggubalan perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid. Ini termasuklah struktur perlembagaan serta institusi seperti Yang Dipertuan Agung, legislatif, eksekutif dan kehakiman. Peruntukan perlembagaan yang mencakupi isu federalisme, undang-undang darurat dan pindaan perlembagaan turut dibincangkan.

Definisi perlembagaan, konsep, teori constitutionalism, perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis; konsep ketinggian perlembagaan dan pindaan perlembagaan.
Peruntukan perlembagaan mengenai Institusi Yang DiPertuan Agong, Majlis Raja-raja.
Peruntukan perlembagaan mengenai Perundangan, Eksekutif & Kehakiman.
Kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Peranan, Kuasa dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Peguam Negara dan Penjawat Awam.
Darurat dan Kegiatan Subversif dalam Perkara 149 & 150 Perlembagaan Persekutuan serta pemakaian akta-akta seperti Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Dadah Berbahaya dan Enakmen Kediaman Terhad.

Tanah Rezab

Tanah rezab menurut takrifan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 Hak istemewa orang Melayu, tanah rezab ertinya adalah tanah yang direzabkan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada bumiputera bagi negeri yang terletaknya tanah itu di bawah undang-undang di negeri dia bermastautin. Tanah merupakan aset untuk meneruskan hidup dan komponen penting untuk diwariskan. Ia juga merupakan komoditi yang boleh dijual, dibeli atau digadai untuk untung kerana nilai permintaannya tinggi bagi tujuan pembangunan dengan pengubalan Akta Pengambilan Tanah.

Akta pengambilan tanah juga menetapkan jenis-jenis tanah yang boleh diambil secara wajib iaitu merangkumi tanah asing seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN), jenis tanah yang didiami dengan harapan mendapatkan hak milik, jenis tanah milik sementara MTN dan jenis tanah kediaman akan dimasukkan ke dalam daftar pemilik dibawah Akta Pengambilan Tanah, 1960. Seksyen 8(3) menetapkan bahawa keputusan pihak berkuasa tempatan menjadi bukti yang kukuh dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Namun, pengisytiharan itu boleh dipertikaikan jika berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh sesiapa yang terlibat. Perlembagaan juga menjamin hak kaum bukan Melayu yang tanah itu telah dipunyai atau didiami oleh seseorang bukan Melayu, maka mereka mempunyai hak atau kepentingan terhadap tanah tersebut. Sementara peruntukan khas juga ada mengenai tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan orang Melayu di Terengganu. Iaitu, tiada sekatan akan dikenakan undang-undang terhadap pemindahan milik atau pemajakan tanah serta sebarang kepentingan mengenai tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka.

Wednesday, August 4, 2010

Masyarakat Malaysia

Apakah masyarakat?
Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah kawasan yang sama, mempunyai budaya atau adat resam yang hampir sama, bahasa, agama atau kepercayaan, hidup secara berkelompok dan bermasyarakat, mempunyai peraturan atau undang-undang, pentadbir dan sebagainya.
Masyarakat juga merupakan entiti penting yang ke arah pembentukan sesebuah negara. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Manakala, Sarawak dan Sabah yang dikenali sebagai Pulau Borneo telah menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963 atas cadangan Tunku Abdul Rahman al-Haj.