Pengajian Malaysia adalah program pengajian multi dan inter-disiplin untuk membentuk para pelajar yang mengetahui, memahami dan mencintai Negara Malaysia secara mendalam.
Ia meliputi aspek-aspek mengenai sejarah, geografi, masyarakat, sosio-budaya, politik, sistem perundangan dan pentadbiran, dasar-dasar negara dan isu-isu semasa serta pembinaan negara bangsa dan kenegaraan.
Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58)ditawarkan buat julung-julung kalinya di Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada para pelajar ambilan Disember 2007/2008. Program ini bertujuan menggalakkan pengajian dan penyelidikan dalam bidang hubungan etnik, perpaduan bangsa dan negara.